PAS Sabah Hantar Jentera Bantu Calon PN Di Melaka

aliakbar.jpg

Dr Aliakbar (gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menghantar jentera dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membantu calon Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata pihaknya menghantar jentera yang memiliki pelbagai kemahiran terdiri daripada petugas khas dan umum.

“Mereka akan membantu kempen di lapangan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Malah, kami juga menghantar petugas media dan IT bagi membantu kempen di media sosial dan kerja-kerja culaan,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Aliakbar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata semua jentera yang dihantar ke Melaka adalah dalam kalangan yang mahir dan berpengalaman dalam Pilihan Raya.

“Kami akan berada di Melaka sehingga hari pengundian dan semua pimpinan PAS Sabah turun bersama calon menyantuni masyarakat di kawasan yang sudah ditetapkan secara khusus.

“Saya berharap dengan adanya jentera daripada Sabah akan memberikan impak, sekali gus memberikan kemenangan untuk calon PN,” katanya.

Menurutnya, PAS Sabah juga berharap rakyat Melaka turun mengundi dan menunaikan tanggungjawab serta memilih pemimpin dengan cara matang.

“Kami akan sentiasa memberikan kefahaman kepada pengundi supaya tidak memilih pemimpin ekstrem dengan membawa ideologi luar yang tidak sihat dalam pentadbiran negara.

“Selain itu, jentera PAS Sabah juga akan memastikan semua pengundi mematuhi SOP supaya tidak berlakunya penularan wabak semasa PRN berlangsung,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top