PAS Sabah Gerakkan Tabung Bencana Covid-19 Bantu Golongan Terjejas

Kongsi Bersama

Oleh : Mustaman Bin Mustain

SANDAKAN: PAS Sabah telah menggerakkan Tabung Bencana Covid-19 di seluruh negeri ini melalui kawasan-kawasan bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran pandemik yang turut mengancam ekonomi.

Tabung kebajikan ini telah dilancarkan sejak 15 Jun lalu dan dikelolakan oleh sebuah sekretariat di peringkat negeri bagi penyelarasannya, kata Pengerusi Sekretariat berkenaan, Sahar Abdul Majid (gambar).

Beliau yang mengulas perkara itu pagi tadi di kediamannya di sini menjelaskan bahawa usaha yang dibuat ini adalah sebagai bukti keprihatinan PAS Sabah terhadap rakyat yang terhimpit dalam suasana sekarang.

“Kita mengambil tanggungjawab yang berat ini bagi menzahirkan kesungguhan dan kebersamaan PAS terhadap segala usaha yang telah dibuat kerajaan dan sokongan terhadap masyarakat yang terjejas,” tambahnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

“Sasaran kita untuk membantu seramai mungkin golongan yang terjejas seperti golongan B40, peniaga kecil, pekerja buruh, ibu tunggal dan lain-lain bergantung kepada dana yang kita kumpul,” jelasnya.

Sehubungan itu, Sahar dalam kesempatan berkenaan merayu seluruh warga Sabah yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan bagi menjayakan usaha murni itu.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan kepada tabung-tabung yang dikelolakan oleh PAS kawasan di seluruh parlimen dalam negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top