PAS Sabah Gerakkan Jentera Hadapi Bencana Banjir

sahar.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: PAS Sabah telah menggerakkan jenteranya di seluruh negeri bagi menghadapi bencana banjir yang melanda beberapa daerah baru-baru  ini.

Antara jentera yang digerakkan ialah Jabatan Amal Malaysia, Lajnah Kebajikan, Ameerah, Briged Muslimat dan beberapa agensi lain di bawah PAS Sabah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Sahar Abdul Majid (gambar) dalam satu kenyataan semalam.

“Selain menggerakkan jentera untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir, kami juga menyerahkan bantuan bakul makanan kepada pihak yang terjejas di samping membuka tabung khas bagi membantu mangsa,” ujarnya.

“Orang ramai yang berhajat untuk menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank Islam PAS Negeri Sabah, nombor akaun 100161010082855 dengan rujukan Khidmat Malaysia,” jelasnya.

Dalam kesempatan itu juga, beliau mengingatkan rakyat Sabah agar sentiasa berwaspada susulan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan berlakunya banjir dan segera berpindah ke tempat yang lebih selama jika berlaku banjir.

“Kami akan bekerja keras dan mempercepatkan usaha menggerakkan misi bantuan di kawasan Pantai Barat yang melibatkan Pitas dan Kota Marudu serta di Segaliud dan Kinabatangan,” ulasnya.

“Saya berharap agar rakyat yang terkesan dapat bersabar dengan ujian ini dan sentiasa berhati-hati menghadapi musibah ini,” tambahnya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top