PAS Sabah Buat Laporan Polis Terhadap Warisan

Pas-lapor-polis.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Amiruddin Mohd Rosdi

KOTA KINABALU: PAS Sabah diketuai oleh setiausahanya Dr. Aliakbar Gulasan telah membuat laporan polis terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) di Balai Polis Penampang, di sini, kelmarin.

Laporan itu dibuat kerana kenyataan berunsur fitnah semasa kempen Warisan di Penampang baru-baru ini.

Ia merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin Warisan, yang juga seorang peguam yang bahawa undi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bermakna satu undi kepada PAS yang akan membenarkan “potong tangan dan kaki” merujuk kepada hukum hudud.

Individu itu juga berkata, PAS akan menghilangkan aramaiti (kemeriahan) dan tapau (bawa pulang) tapai Sabah jika PAS berkuasa.

“Ini adalah fitnah terang-terangan dan menimbulkan kegusaran kepada mereka yang membawa agama Islam. Kami (PAS) tidak bertanding pun dan kami tidak tahu kenapa dia berkata demikan.

“Sebagai ahli politik (dia) sepatutnya membawa mesej perpaduan dan bukannya sesuatu yang boleh mencetuskan kekacauan. Fokus pada manifesto atau hala tuju pembangunan pembangunan Sabah,” ujar Aliakbar, yang juga ADUN (dilantik) dalam DUN Sabah.

“Saya juga telah mengarahkan semua PAS Kawasan di Sabah membuat laporan yang sama. Kita tidak mahu ada ahli politik yang membawa budaya samseng dan naratif fitnah yang mengancam keharmonian. Tumpu pada perjuangan parti masing-masing dan biarkan rakyat menilai,” tambah beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top