PAS Sabah Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

Open-House-PAS-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 22 Mei di pekarangan Pejabat PAS Sabah di sini.

Pengarah majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, tujuan dan matlamat majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim melewati fahaman politik, bangsa dan pegangan agama.

“PAS bukan sekadar sebuah parti politik bahkan sebagai gerakan tarbiah, dakwah, pendidikan dan kebajikan. Aktiviti pendidikan dan kebajikan kita laksanakan tidak bermusim, sepanjang masa,” jelasnya.

“Istimewanya pada kali ini majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sabah akan dihadiri oleh Datuk Seri Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.

“Kita mengundang semua masyarakat yang berdekatan untuk hadir memeriahkan majlis ini. Kami juga telah menghantar kad dan surat undangan kepada institusi kerajaan, masjid, parti politik, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” kata Dr. Aliakbar yang juga Setiausaha PAS Sabah dan ADUN (Dilantik) Sabah.

Pada majlis itu nanti, pelbagai aktiviti dan juadah tradisional yang menarik disediakan kepada para tetamu yang hadir.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top