PAS Sabah Akan Gerak Kempen ‘Jom Kita Vaksin’

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PAS Sabah akan menggerakkan seluruh jentera parti untuk membantu kerajaan menyampaikan maklumat vaksin kepada seluruh masyarakat.

Setiausahanya, Dr. Aliakbar Gulasan berkata semua PAS kawasan diminta berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi melihat mekanisme dan prosedur operasi standard (SOP) yang mesti dipatuhi untuk menggerakkan kempen ‘Jom Kita Vaksin’.

Katanya, langkah itu diambil berikutan kadar pendaftaran pengambilan vaksin Covid-19 di Sabah adalah yang paling rendah di Malaysia, iaitu kurang 20 peratus.

“PAS Sabah akan cuba sedaya mungkin membantu pihak kerajaan bagi mencapai sasaran lebih baik.

“Usaha ini mesti disokong dan didukung oleh semua lapisan masyarakat sekali gus untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Justeru itu, PAS Sabah juga menyeru semua pihak khususnya ketua-ketua masyarakat membantu kerajaan untuk menyebarkan kempen pengambilan vaksin ini demi kebaikan semua,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *