PAS Papar Sumbang 100 Kotak Air Mineral Kepada Mangsa Banjir Beaufort

Pas-PAPAR.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah menyampaikan sumbangan air mineral sebanyak 100 kotak bagi membantu mangsa banjir di beberapa buah kampung di Beaufort.

Sumbangan PAS Papar yang diketuai oleh Ustaz Azman Jupri Ketua Dewan Ulama PAS Papar telah diterima oleh PAS Kawasan Beaufort yang diwakili ketua penerangannya Mohd Syahrazan Mohd Noh.

Sumbangan 100 kotak air mineral tersebut  dihantar ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Ayubi akan diagihkan ke Kampung Kekuro dan Kampung Kebulu.

“PAS Papar cuba menyumbang air bersih kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan bekalan air bersih untuk diminum agar dapat memudahkan urusan harian penduduk yang terjejas,” ujar Ustaz Azman.

Sebanyak 45 kampung di sini dan 15 kampung di Membakut dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top