PAS Papar Serah 100 Kotak Air Mineral Kepada Mangsa Banjir

pas-papar-A.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Kawasan Papar telah menyerahkan 100 kotak air mineral kepada mangsa banjir di sini kelmarin.

Serahan diketuai oleh Ustaz Azman Jupri Ketua Dewan Ulamak PAS Papar bersama Ustaz Tuan Redzuan Tuan Soh telah diagihkan ke beberapa buah kampung di Kinarut.

100 kotak air mineral itu diserahkan kepada penduduk Kg Sulim, Kg Segindai, Pekan Lama Kinarut, Surau Nurul Hidayah Kg Somboi Kinarut dan Kg Tampasak Kinarut.

“Syukurlah saudara-saudara datang. Kami sudah kehabisan air minum. Dua hari sudah tiada air. Terima kasih banyak-banyak,” ujar Lambisu, salah seorang mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Terima kasih atas bantuan yang diberikan kepada penduduk Kg Tampasak yang terkesan akibat bencana baru-baru ini. Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka terutama sekali yang terputus bekalan air graviti,” kata Wajis wakil penduduk Kg Tampasak yang turut menerima bantuan.

Pada masa yang sama, Azman menyatakan PAS Papar akan sentiasa membantu sekali gus mendapatkan maklumat berkenaan kebajikan untuk penduduk daerah ini.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top