PAS Papar Santuni Mangsa Banjir

Pas-Papar-1.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: PAS Kawasan Papar menyantuni mangsa banjir pada petang Khamis selepas menerima khabar daripada penduduk Kampung Labak Kinarut.

Diketuai oleh Ustaz Azman Jupri Ketua Dewan Ulamak PAS Papar bersama dengan Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Papar, Azizah Salleh pergi ke rumah mangsa banjir sekali gus membawa sumbangan sambil melihat  bantuan yang diperlukan.

10 bakul makanan telah dihantar oleh Bendahari PAS Papar Ustaz Tuan Redzuan. Manakala 5 kotak air mineral dan 30 bungkus makanan yang telah siap dimasak diberikan  untuk memudahkan urusan mangsa banjir yang keletihan membersihkan kesan banjir.

Menurut seorang mangsa banjir yang dikenali sebagai Osman, terdapat 5 buah keluarga di seberang sungai yang terpaksa beliau selamatkan menggunakan tali dan melawan arus yang deras.

“Alhamdulillah, terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Banyak juga yang perlu dibersihkan. Dengan bantuan makanan siap ini ringan sedikit beban kami dan dapat juga menghilangkan rasa penat,” ujar Osman.

Pada masa yang sama, Azman menyatakan keprihatinan PAS Papar untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan dari semasa ke semasa.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top