PAS Papar Agih 560kg Daging Korban

Pas-Papar.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Sebanyak 560kg daging telah diagihkan kepada asnaf di sekitar daerah ini dalam program ibadah korban semalam.

Program ibadah korban yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Papar Abd Salim Karim itu berjalan lancar walaupun dalam kekangan sukarelawan yang terhad kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dua ekor kerbau dan seekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut.

Sembilan buah kampung yang terlibat dalam agihan daging korban semalam iaitu Kg. Lepasan, Kg. Kelanahan, Kg. Gana, Kg. Andus, Kg. Kuala, Kg. Gusi, Kg. Pituru, Kg. Sembulan dan Kg. Takis.

“Suasana program korban kali ini berbeza dari sebelumnya kerana kita terpaksa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun yang kita harapkan adalah amal kita ini diterima oleh Allah,” ujar Abd Salim.

Tambahnya lagi, semua daging korban telah berjaya diagihkan kepada semua asnaf yang dapat disenaraikan.

Pada masa yang sama para penerima daging korban mengucapkan terima kasih atas sumbangan daging korban dan penghargaan kepada PAS Papar atas inisiatif yang dilakukan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top