PAS Lahad Datu Singgah Sahur santuni ‘barisan hadapan’

PAS-lahad-datu.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu menyantuni ‘barisan hadapan’ melalui program Singgah Sahur, semalam.

Ketua Dewan Ulamak PAS kawasan, Ustaz Zaki Ibrahim berkata program itu bertujuan untuk menghargai jasa anggota barisan yang bertugas siang dan malam demi kesejahteraan negara.

“Tugas menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat ini adalah tugas yang berat, tanpa mereka kerja-kerja seharian masyarakat boleh terganggu akibat masalah yang berlaku diluar jangka.

“Oleh itu, ada baiknya kita santuni mereka dengan memberi juadah sahur sebagai tanda penghargaan kita terhadap mereka atas komitmen yang diberikan,” ujarnya sewaktu ditemui.

Menurutnya, PAS akan sentiasa menghulurkan tangan untuk memberi bantuan kepada mereka agar dapat bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terjaga.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak anggota bertugas di PGA Lahad Datu, Balai Bomba Lahad Datu, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Hospital Lahad Datu dan Angkatan Pertahanan Awam Lahad Datu kerana sudi menerima kunjungan.

Turut hadir sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Lahad Datu bersama Naib Ketua Pemudanya, Tan Chin Khoon. – HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top