PAS Kini Bertapak Di Seluruh Sabah

PAS.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: PAS semakin diterima rakyat Sabah apabila organisasi parti itu kini terdapat di hampir semua kawasan negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkembangan itu membuktikan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Sabah biarpun sebelum ini PAS dituduh sebagai ekstrem.

“Perkembangan baik itu berlaku hasil usaha secara berterusan yang dilaksanakan pemimpin PAS di negeri ini sejak dahulu lagi.

“Lebih-lebih lagi konsep universal yang ditonjolkan Adun lantikan Sabah, Dr Aliakbar Gulasan disambut baik masyarakat, ia sekali gus mengikis persepsi negatif yang mengatakan PAS sebuah parti yang ekstrem,” katanya pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di sini, semalam.

Oleh itu, beliau berharap pendukung PAS di Sabah meneruskan usaha dakwah yang dirintis generasi terdahulu serta mempergiatkan lagi inisiatif untuk menyampaikan mesej keadilan dan keharmonian Islam kepada masyarakat.

Sumber: HARAKAHDAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top