PAS Akan Terus Berperanan Dalam Politik Sabah

takiyuddin.jpg
Kongsi Bersama

1. PAS akan terus berperanan dalam politik Sabah atas sikap dan gaya yang bersesuaian selaras dengan kedudukannya sebagai salah satu komponen Perikatan Nasional (PN).

2. Selaras dengan itu PAS akan menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN dan PBS yang diberi mandat mengemudi Kerajaan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September 2020 yang lalu.

3. Sayugia ditegaskan bahawa PAS khususnya di Sabah mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari kalangan pelbagai etnik dan suku Rakyat Sabah termasuk yang Bukan Beragama Islam melalui sayapnya, Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP).

Justeru PAS yakin kepimpinan Kerajaan GRS yang diterajui oleh YAB Datuk Sri Panglima Hajiji bin Haji Noor sebagai Ketua Menteri mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Sabah dengan kerjasama serta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 01 Oktober 2020.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top