Parti Veteran ATM: PVATTBM Tidak Terlibat

naib-presiden-tentera.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cadangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menubuhkan Parti Kemakmuran Negara (PKN) tiada kaitan dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM).

Naib Presiden II PVATTBM, Dato Zaman Haji Bayang berkata, hasrat dan keputusan ATM itu merupakan pendirian persatuan itu semata-mata.

“Saya ingin memaklumkan ahli-ahli PVATTBM bahawa cadangan Persatuan Veteran ATM untuk menubuhkan sebuah parti (PKN) dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) adalah urusan persatuan itu dan tiada kaitan dengan PVATTBM termasuk di Sabah.

“Malah PVATTBM tidak pernah bersetuju sebarang usaha oleh mana-mana pihak melibatkan persatuan veteran tentera dalam arena politik”, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zaman mengulas kenyataan Presiden Persatuan Veteran ATM, Sharuddin Omar bahawa pihaknya kini dalam usaha menubuhkan Parti Kemakmuran Negara untuk bertandingan pada PRU-15.

Menurut Sharuddin, parti itu sekiranya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), menyasarkan bertanding di kira-kira 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan yang bakal ditandingi.

Menurut Sharuddin, pihaknya mengambil pendirian untuk bertanding pada PRU15 kerana kelewatan kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan veteran terutamanya membabitkan gaji dan pencen serta isu lain yang membabitkan rakyat.

Zaman yang juga Yang Di-Pertua PVATTBM Sabah berkata, pendirian PVATTBM ialah mendukung Kerajaan yang memerintah, termasuk kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang di ketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan kabinetnya.

“Amat jelas dalam perlembagaan PVATTBM bahawa perjuangan kita adalah untuk ahli-ahli veteran angkatan tentera tidak berpencen di seluruh Malaysia dan bukan untuk tujuan politik.

“Biarlah PVATTBM kekal sebagai NGO terbesar di Malaysia setekat ini, kita pertahankan nama baik persatuan agar tidak dicemari oleh anasir politik.

“Soal ahli dan persatuan lain mahu terlibatkan dengan politik, itu adalah hak masing-masing dan kami menghormati pendirian dan keputusan mereka”, tegas Zaman.-pr/BNN

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top