PETALING JAYA: Sebuah parti tempatan kuat dan bersatu yang mendapat sokongan rakyat Sabah akan memberikan negeri itu kuasa tawar-menawar lebih besar dengan Putrajaya, kata seorang penganalisis politik.
Pensyarah kanan UiTM Sabah, Tony Paridi Bagang berkata, parti seperti itu akan dapat menekan kerajaan persekutuan untuk memberi lebih banyak peruntukan dan pembangunan, seperti yang dilakukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Sarawak.
Parti tempatan mesti mengutamakan kepentingan rakyat Sabah, jika mereka mendapat sokongan pengundi kerana ramai yang belajar daripada pengalaman untuk “tidak memberi sokongan mereka sewenang-wenangnya” selepas pelbagai perubahan kerajaan sejak pilihan raya umum 2018.
Bagang menggesa permainan menyalahkan kekurangan pembangunan di Sabah dihentikan.
“Kerajaan sedia ada perlu mengotakan janjinya, bukan sekadar berpura-pura mengambil berat,” katanya sambil menambah parti pembangkang tidak boleh menentang demi kepentingan politik, tetapi harus menyumbang secara konstruktif.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, pengalaman lampau menunjukkan tidak kira parti mana yang mentadbir negeri itu, sama ada parti tempatan atau parti nasional yang berpangkalan di Semenanjung.
Baca seterusnya di: FMT