Parti-Parti Anggota PN Perlu Terus Perkukuh Kerjasama – Azizah

azizah-mohd-dun.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU; Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, penyatuan PN mesti terus diperkukuhkan demi kesinambungan kemajuan dan pembangunan negara.

Menurut beliau, gabungan baharu itu perlu diperakui oleh semua pihak khususnya parti-parti yang menganggotai perikatan tersebut pada masa kini.

Beliau yang juga Bendahari Wanita PN Malaysia berkata, jika dahulu ada gabungan parti-parti seperti Barisan Nasional (BN) kini, senario politik sudah berubah dan sewajarnya perubahan itu diterima demi satu matlamat yang baik.

“Kita semua perlu sedar dan menerima hakikat bahawa masa telah berubah dan pelbagai perkara telah berubah akibat berlaku perubahan pada landskap politik negara.

“Pelbagai gelora, dugaan dan ujian telah melanda sehinggalah terbentuknya PN yang dilihat mampu menjadi platform dan wadah terbaik untuk kita meneruskan bakti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan Ramah Mesra Wanita Perikatan Nasional Sabah di sini semalam.

Hadir sama Ketua Wirawati Star, Evelyn Gobile, Ketua Wanita SAPP Irene Chan dan Ketua Muslimat Pas Sabah, Norsah Bungso, Naib Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Amisah Yassin, Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda, Penolong Bendahari, Datin Jamaliah Antalip, Ketua Penerangan, Anna Bell Perian, Timbalan Penolong Setiausaha, Fahzean Mohiddin, Timbalan Ketua Penerangan, Liza Din dan Setiausaha Kerja, Aziah Atoh serta naib-naib ketua Star, SAPP dan Pas

Azizah berkata, apa yang penting dalam gabungan PN ialah satu matlamat yang sama iaitu dokongan perjuangan demi perjuangan demi masa depan rakyat.

“Kita berharap kerjasama erat di bawah semangat Perikatan Nasional ini dapat disuburkan dengan penuh keikhlasan, prinsip setia kawan dan semangat pengorbanan yang tinggi.

“Semua itu atas satu harapan iaitu demi memastikan masa depan generasi akan datang lebih terarah di bawah landskap politik Malaysia yang lebih sejahtera dan terpelihara keharmoniannya,” ujar beliau.

Beliau berkata, oleh itu, anggota parti di bawah PN pada masa ini perlu bersatu hati khususnya dalam merencanakan gerak kerja politik di pelbagai peringkat daripada akar umbi sehingga ke peringkat pusat.

Katanya, gerak kerja tersebut perlu dilaksana secara lebih tersusun dan menepati golongan sasar khususnya para pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top