Parti Nasional Bukan Penghalang Pembangunan Sabah

Bung-5.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyangkal dakwaan bahawa parti bukan tempatan menjadi penghalang kepada pembangunan di negeri itu, malah berkata, ia sebaliknya memberi kelebihan dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah.

“Sama ada parti nasional atau tempatan, hala tujunya adalah sama, perjuangan untuk membela rakyat. Cuma yang membezakannya adalah cara mendapatkan bantuan dengan cara segera dan mudah yang seharusnya selari dengan parti nasional yang memerintah.

“Sewaktu Sabah sealiran dengan pentadbiran pusat sebelum 2018, pembangunan di Sabah amat pesat dan kita tidak perlu memberontak atau membawa isu pembangunan ke mahkamah. Hanya dengan cara berbisik dengan pemimpin pusat, peruntukan tetap diperolehi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjawab dakwaan Naib Presiden PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa pembangunan di Sabah terhalang akibat kehadiran parti nasional.

Bung yang juga timbalan ketua menteri Sabah berkata, negeri itu pernah diterajui oleh parti tempatan, namun pembangunannya kurang berkesan dan ia sebaliknya terpaksa meminta peruntukan dari Putrajaya.

“Sabah sangat komited dalam memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembangunan di negeri ini, sama ada parti nasional atau tempatan, perjuangan ini tidak pernah padam.

“Kenyataan Karim hanya kenyataan peribadi yang seharusnya tidak dilontarkan oleh seorang pemimpin kerana ia boleh menjejaskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat, malah boleh merencatkan gagasan perdana menteri melalui konsep Keluarga Malaysia.”

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top