KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Rakyat (KDM) menawarkan diri sebagai kuasa ketiga untuk rundingan bagi memulihkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Daily Express dalam laporannya semalam memetik calon parti itu bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu Dato’ Seri Winston Liaw berkata sebab pengundi perlu menyokong KDM adalah kerana pada masa ini tiada mana-mana parti mempunyai peluang yang jelas untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15 ini.
Bagi membentuk Kerajaan Persekutuan, beliau berkata semua parti yang bertanding di Semenanjung perlu membentuk gabungan dengan parti lain dari Sabah dan Sarawak.
Dalam keadaan sedemikian, beliau berkata KDM boleh menyediakan meja untuk rundingan hak Sabah, walaupun parti itu mungkin hanya memenangi dua atau tiga kerusi.
“Kami akan menuntut lebih banyak kuota untuk bukan bumiputera memasuki universiti awam dan banyak lagi,” katanya.
“KDM boleh jadi penentu, kita perlukan sokongan rakyat untuk mempunyai lebih kuasa rundingan.
“Lihatlah Chan Foong Hin (Pakatan Harapan-DAP) sebelum menang dia sudah menolak permintaan Sabah MA63 terutamanya hasil 40 peratus,” kata Liaw.
Parti KDM Tawarkan Diri Jadi Kuasa Ketiga
Komen