Parti KDM Sasar Bertanding Sekurang-kurangnya 6 Kerusi, Namakan Calon Untuk Sepanggar dan Kimanis

Peter-dan-calon.jpg

PETER Anthony (tengah) bersama calon-calon parti KDM, Jumardie Lukman (dua kanan), Amat Md Yusof (dua kiri) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen di negeri ini pada PRU15 nanti.

Presidennya Datuk Peter Anthony berkata demikian semasa mengumumkan calonnya untuk parlimen Sepanggar dan Kimanis pada sidang media semalam.

Beliau turut membayangkan kemungkinan bertanding di parlimen Tenom, manakala naib presiden

Datuk Juil Nuatim mungkin bertanding di Papar.

Bagi kerusi parlimen Sepanggar parti KDM menurunkan ketua pemudanya, Jumardie Lukman sebagai calon dan pendatang baharu politik, Amat Mohd Yusof sebagai calon di Kimanis.

Jumardie, 40, adalah bekas Ketua Pemuda Warisan Sepanggar.

Dengan pengumuman yang dibuat semalam bererti parti KDM telah menamakan empat calonnya untuk bertanding. Pada Jumaat lepas Peter mengumumkan dua calon iaitu Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong untuk kerusi parlimen Kota Kinabalu dan bekas pembantu menteri kerajaan GRS Datuk Wetrom Bahanda di Kota Marudu.

Peter, yang merupakan bekas naib presiden Warisan berkata, pihaknya akan mengumumkan lagi baki calon bertanding PRU15, namun belum memutuskan sama ada diumum dalam program bakal diadakan di Tenom Sabtu ini atau beberapa hari sebelum penamaan calon.

“Pengumuman calon KDM dibuat secara berperingkat berikutan kami menerima banyak permohonan termasuk daripada pemimpin tempatan berpengalaman untuk menyertai parti ini.

“Pada peringkat parti, kita mempunyai jawatankuasa penapisan calon, jadi sebab itu kita buat secara berperingkat dan calon yang masih perlu diperhalusi (kriteria kelayakan calon) sebelum kita umumkan,” kata beliau.

Peter turut berkata,KDM akan menyokong mana-mana pihak yang membentuk kerajaan kelak.

“Dasar perjuangan dan matlamat parti ini sejak kita tubuhkan adalah menghormati dan menyokong kerajaan yang dibentuk sama ada pada peringkat negeri mahupun Persekutuan,” katanya.

Ditanya status KDM berhubung kedudukan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata, pihaknya masih belum menerima pengesahan permohonan menyertai gabungan terbabit.

“Mungkin GRS memerlukan masa untuk mempertimbangkan kedudukan kami, mungkin selepas PRU15,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top