Parti Cinta Sabah Mungkin Tidak Sertai PRU15

anifah-aman-thumbnail.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) mungkin tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, tetapi akan menyokong penuh calon-calon yang diketengahkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sumber parti memberitahu Jesselton Times baru-baru ini bahawa setakat ini PCS belum membuat sebarang keputusan sama ada menyertai atau sebaliknya PRU15.

“Kemungkinan besar PCS tidak bertanding untuk kebaikan parti dan tidak mahu memecahkan undi,” kata sumber itu.

Dipercayai parti itu mengambil pendekatan berhati-hati demi kestabilan politik di negeri ini.

Sumber itu juga mendedahkan bahawa PCS akan kekal sebagai parti tempatan Sabah yang tidak bergabung dengan parti nasional dan akan secara konsisten memperjuangkan hak Sabah.

Difahamkan, PCS yang diterajui bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman, sedang menyusun semula kepimpinan partinya dengan menampilkan muka baharu termasuk golongan profesional.

Ketua Menteri Sabah, yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor sebelum

ini dipetik sebagai berkata bahawa kepimpinan GRS akan memutuskan permohonan beberapa parti tempatan, termasuk PCS yang ingin menyertai GRS tidak lama lagi.

Hajiji juga berkata rundingan antara GRS dan Barisan Nasional (BN) masih diteruskan bagi mengelak pertembungan pada PRU15. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top