Parti Cinta Sabah diterima sertai GRS

masidi-n-anifah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) secara rasminya diterima sebagai komponen baharu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Penyertaan PCS itu diterima secara sebulat suara oleh presiden parti-parti dalam GRS.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, ia selepas Presiden PCS, Tan Sri Anifah Aman membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baharu dalam GRS.

Masidi menyifatkan penyertaan PCS, sebuah parti lokal di Sabah merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di negeri ini.

‘’GRS percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, gabungan itu dapat mencapai matlamat bersama membangunkan Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera.

‘’Selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai,’’ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Untuk itu, GRS berharap rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.

GRS sebelum ini disertai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top