Papar Kini Punyai Happy Food Bank Di Empat Lokasi

happy-food-bank-papar.jpg
Kongsi Bersama

PAPAR: Happy Food Bank (HFB) kini diwujudkan Masjid Al Muttaqqeen Kampung Kelanahan dan Masjid Raudatul Ilmiah Kg Kuala Papar.

Penubuhan berkenaan adalah bersempena dengan Program Dapur Belia Siri ke-2 yang mana sebelum ini  HFB turut diwujudkan di Majlis Daerah Papar dan Masjid Jamek Said Hj Derun Kg Melagui Kelatuan Papar.

HFB yang dibuka di sini kelmarin telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Mohd Tamin Zainal.

Tamin turut menzahirkan rasa gembira dengan usaha murni berkenaan. Beliau berharap program berkenaan mampu mendatangkan manfaat kepada mereka yang  memerlukan.

“Saya gembira di atas kejayaan ini yang mana HFB telah diwujudkan di empat lokasi berbeza di daerah ini.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terlibat sama untuk merealisasikan program ini,” katanya.

Selain itu, penghargaan juga disampaikan kepada Kementerian Belia Sukan, Majlis Belia Sabah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia daerah Papar atas anjuran bersama program berkenaan. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top