Pantai Batu Luang Destinasi Pelancongan Baharu Di Kuala Penyu

pantai-batu-luang.jpg
Kongsi Bersama

KUALA PENYU: Sebuah pusat pelancongan di Kuala Penyu yang telah dinaiktaraf bakal menjadi tarikan baharu di daerah itu.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, hasil lawatan beliau ke lokasi itu sebulan lalu, kini Pantai Batu Luang yang berwajah baharu sedia menerima pengunjung dengan dilengkapi beberapa kemudahan asas.

Antara kemudahan yang telah dinaiktaraf, tempat letak kereta yang sesuai; tangga konkrit ke pantai; pondok istirehat dan kawasan konkrit dan berpagar yang diyakini memberi keselesaan kepada pengunjung.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, turut mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk membina sebuah tandas awam di lokasi itu untuk keselesaan pengunjung dan kemudahan-kemudahan lain berkaitan.

Beliau dalam ucapan turut mengesa masyarakat setempat dan orang ramai terutama pengunjung supaya menjaga kebersihan persekitaran pantai Batu Luang sebagai usaha memelihara keindahan alam sekitar.

Lokasi pantai Batu Luang yang indah dan penuh dengan cerita legenda itu perlu dipelihara sebaiknya bagi memastikan pengunjung dapat menikmati sepenuhnya keindahan alam semula jadi tersebut.

Justeru, Limus yakin sekiranya kelonggaran rentas daerah diumum kelak oleh kerajaan negeri, lokasi berkenaan bukan sahaja akan menjadi tumpuan pengunjung tempatan malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

Satu majlis penyerahan projek daripada kontraktor pelaksana kepada pihak Jawatankuasa Pelancongan Daerah telah diadakan di Pantai Batu Luang yang disaksikan oleh Limus. – Utusan Borneo

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top