Oleh: Musli Oli
Apa itu political marketing?
1.Di negara demokrasi seperti Amerika, Eropah, Jepun, India dan Indonesia peranan political marketing begitu penting. Parti pemerintah dan parti-parti politik biasanya akan melantik syarikat-syarikat political consultant yang mempunyai public relation advisors, media consultant dan kepakaran lain yang boleh mempengaruhi pemikiran atau mengubah persepsi masyarakat. Pakar-pakar political marketing itu dipanggil ‘spin doctor’ atau ‘spinmeister’ dan dibayar dengan lumayan.
2.Di negara kita political marketing masih diperingkat infancy. Kerja-kerja political marketing biasanya dilakukan anggota parti secara sukarela. Ada juga beberapa grup cybertrooper dan blogger yang ditaja Biro Penerangan atau Biro Politik. Semasa PM Najib satu syarikat public relation and media consultant pernah dilantik. Tetapi pemilihan syarikat itu bagaimanapun menjadi isu besar kerana hubungannya dengan Israel.
3.Di Malaysia pemimpin politik yang berjaya mempertahankan pengaruh dan populariti melalui political marketing ialah Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Anwar sekian lama telah mencipta imej dirinya sebagai seorang pejuang reformasi dan pejuang rakyat. Rafizi pula berjaya mendapat sokongan kerana kebolehannya menjuarai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat seperti isu GST dan kos sara hidup rakyat.
4.Najib boleh dianggap seorang pemimpin yang popular dan berjaya melakukan political marketing. Tetapi kejayaan itu berlaku setelah dia hilang jawatan dan hilang kerajaan. Semasa menjadi PM Malaysia Najib dan teamnya gagal mengubah persepsi rakyat terhadap isu salahguna kuasa. Rata-rata setuju punca utama kejatuhan BN pada PRU lalu disebabkan isu-isu yang berkaitan dengan bekas perdana menteri itu terutama isu 1MDB.
5.Bagaimana melakukan political marketing di Sabah? Apakah isu-isu yang boleh mempengaruhi sikap pengundi?
6.Pada PRU lalu BN Sabah terutama UMNO turut terjejas dengan isu-isu politik di peringkat nasional. Pemimpin Sabah yang kelihatan mempertahankan PM Najib turut menerima tempias. Ini termasuk dua menteri kanan dalam kabinet Najib, Datuk Dr Salleh Tun Said yang kalah di Kota Belud dan DS Rahman Dahlan di Sepanggar.
7.Manakala calon-calon parlimen BN-UMNO Sabah yang lebih fokus kepada isu-isu tempatan serta permasalahan rakyat yang diwakili masih dapat mempertahankan kerusi masing-masing. Antaranya, Datuk Bung Moktar, Datuk Ronald Kiandee, Datuk Azizah Dun, Datuk Zakaria Idris dan Datuk Rahim Bakri.
8.Dalam PRU lalu Parti Warisan menggunakan isu hak-hak Sabah dan MA63 sebagai tema political marketing dengan slogan ‘Sabah Ubah’. Dalam masa yang sama kerjasama Warisan dengan parti-parti komponen PH, PKR dan DAP telah memberi advantage kepada parti Warisan bila berlaku undi protes dari kalangan pengundi muda.
9.Dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini isu politik nasional tidak lagi relevan. Parti Warisan, PKR dan DAP tidak boleh lagi menjaja isu Najib dan isu 1MDB sebagai bahan political marketing. Barangkali isu MA63 masih menjadi isu penting untuk menarik sokongan pengundi terutama masyarakat KDM. Tetapi isu MA63 itu juga diperjuangkan parti-parti lain yang bertanding.
10.Di bawah pimpinan Muhyiddin Yasin saya anggap isu MA63 tidak lagi menjadi isu utama kerana masalah perlaksanaan MA63 telah diletakkan di bawah satu kementerian bukan lagi di bawah Jawatankuasa seperti dalam kerajaan BN dan kerajaan PH. Ini bermakna Muhyiddin lebih fokus menangani isu MA63 dan hak-hak Sabah dan Sarawak daripada kerajaan sebelumnya.