Panduan Politik Kampung – Bhg 1

kartun.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Musli Oli

1. Politik yang saya pelajari bukan dari buku atau bilik kuliah. Saya banyak belajar melalui pengalaman bergaul dengan masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama. Walaupun kadang-kadang laser namun saya begitu berhati-hati meluahkan pandangan. Baik melalui tulisan atau kata-kata saya jarang menyebut isu-isu sensitif seperti isu suku, kaum dan agama.

2. Sebab itu bila duduk dengan kawan-kawan dari pelbagai parti, saya lebih banyak mengeluarkan pandangan secara berseloroh. Tidak terlalu serius. Saya kerap menggunakan bahasa-bahasa kiasan yg boleh menceriakan suasana. Saya tidak pernah memaksa pendapat saya untuk diterima. Sebaliknya saya kerap membenarkan pendapat orang lain semata-mata untuk mengambil hatinya terlebih dahulu. Selepas itu barulah saya mengulas pendapat itu mengikut pandangan dari perspektif lain.

3. Politik bukan mencari kebenaran. Politik bukan menilai pendapat siapa yang benar. Politik bukan mengangkat siapa yg lebih bijak dan siapa lebih pandai. Politik ialah cara dan kaedah bagaimana mempengaruhi orang ramai termasuk mempengaruhi orang yang pada mulanya tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan kita. Dalam politik siapa lebih ramai dialah yang menang dan berkuasa.

4. Sebab itu bila berhujah, saya lebih suka mengalah walau barangkali pendapat saya itu benar, terutama bila saya lihat kawan mula dipengaruhi emosi. Saya rasa tidak guna kita menang hujah tapi kita kehilangan kawan.

…bersambung

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top