KOTA KINABALU: Ketua Umum Usno Tan Sri Pandikar Amin Muli berkata partinya tidak menjalin sebarang kerjasama mahupun pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRN Sabah.
Bekas Speaker Dewan Rakyat itu berkata demikian ketika disoal adakah benar PKR membuat rundingan dengan Usno untuk bertanding dan merosakkan undi Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai ‘balasan balik’ kerana PKR hanya diberikan tujuh kerusi pada pilihan raya tersebut.
Katanya perkara itu tidak berlaku kerana Usno turut meletakkan calon di kawasan yang ditandingi PKR seperti DUN Tempasuk, Karambunai dan Darau.
Seramai 47 calon Usno akan bertanding merebut kerusi DUN pada PRN kali ini.
– Bernama
Komen