KOTA KINABALU: Mantan speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kini menerajui Parti Usno Baru sebagai Presiden, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat parti itu semalam.
Sementara itu mantan presiden USNO terdahulu, Ibrahim Linggam pula dilantik sebagai Setiausaha Agung dan dalam satu kenyataan beliau semalam kepada SABAHitz On9TV, Ibrahim mengesahkan perkara tersebut.
Katanya,usno atau Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu didaftarkan sebagai baharu mengikut Notis Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut Ibrahim lagi, pihaknya telah menerima notis mengikut seksyen berkenaan daripada JPPM pada 30 Julai lalu dan diberikan masa selama 30 hari untuk menjawab.
Kemudian pada 25 Ogos, pihaknya telah menjawab surat JPPM berkenaan dan hasil penilaian maklumat dan kaji selidik, JPPM bersetuju bahawa barisan Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik dalam mesyuarat agung perwakilan yang telah berlangsung pada Februari 2021 adalah sah dan teratur mengikut perlembagaan parti.
Barisan Ahli Majlis Tertinggi Usno antaranya ialah Matbee Ismail sebagai Timbalan Presiden beserta empat naib.
Ketua Usno Sepanggar Laliman Kemad pula dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung parti, Ng Chu Hing sebagai Bendahari bersama 11 AMT lain.