Pandelela Raih Emas Di Kejohanan Terjun Piala Dunia

Pandelela-Rinong-FV.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pandelela Rinong meraih pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, pada Rabu.

Pandelela yang sedang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata.

Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada melengkapkan pentas podium dengan 338.55 mata.

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan, Cheong Jun Hoong terkandas di pusingan separuh akhir.

Jun Hoong yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik dalam acara berkenaan selepas mara ke separuh akhir semalam, melengkapkan saingan separuh akhir di tempat ke-18.

Jun Hoong merekodkan 237.35 mata manakala Pandelela berada di tangga ketika terbaik pada saingan separuh akhir dengan 333.00 mata.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah kepada Pandelela atas kejayaan membanggakan itu.

“Tahniah @Pandelela_R!! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you Pandelela (sangat berbangga dengan kamu Pandelela),” tulis Reezal di akaun Twitter.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top