Pandaras Sampaikan 150 Pakej Makanan Kepada Penduduk Terjejas Banjir

pandaras1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (Pandaras) menyampaikan 150 pakej makanan kepada penduduk Sabah yang terjejas banjir baru-baru ini.

Presiden 1 Pandaras, Jenuin Bungkak berkata, kesemua bantuan merupakan hasil sumbangan daripada ahli-ahli Pandaras dan juga orang ramai.

“Penyampaian dimulakan di kawasan Long Pasia yang mana kita menaiki pacuan empat roda untuk untuk sampai di lokasi tersebut dengan jarak perjalanan selama 12 jam dari Kota Kinabalu.

“Selepas di Long Pasia, penyampaian bantuan itu diteruskan di kawasan Beaufort, Kemabong, Tenom dan Sipitang,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenuin (depan tiga kiri) dan Remy (depan dua kanan) menyampaikan kepada antara penduduk terjejas banjir di Kampung Meligan Sipitang.

Menurut Jenuin, keadaan laluan yang mencabar serta jarak kawasan yang berjauhan menyebabkan penyampaian sumbangan itu terpaksa mengambil masa selama lima hari iaitu pada dari 23-27 Mei.

“Kita juga sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah memberi kebenaran kepada persatuan ini untuk merentasi daerah bagi menjalankan aktiviti amal.

“Sepanjang perjalanan dan penyampaian pakej  makanan, kita telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Hadir sama Presiden II Pandaras, Remy Kisi dan beberapa ahli persatuan. –Jesselton Times

 

Foto: FB Pandaras

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top