PANDARAS Lapor Polis Terhadap Pengguna Facebook

panderas.jpg

Philip dan ahli PANDARAS bergambar bersama selepas membuat laporan polis ke atas seorang pengguna Facebook.

Kongsi Bersama

PAPAR: Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (PANDARAS) Bahagian Papar menggesa pihak berkuasa berkenaan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang pengguna Facebook yang didakwa membuat komen yang mengaibkan dan tidak menghormati banyak etnik di Sabah.

Presiden PANDARAS bahagian itu Philip Walter Jukim mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook berkenaan.

“Saya melihat laman Facebook pada 7 Mac yang mana dia (pemilik akaun) bukan sahaja tidak menghormati banyak etnik di Sabah, tetapi juga membuat komen yang boleh menimbulkan pergeseran dan kemarahan antara etnik.

“Kami berharap pihak berkenaan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook tersebut.

“Kami juga akan membawa perkara ini ke Mahkamah Anak Negeri untuk tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Laporan polis telah dibuat oleh Philip dan ahli PANDARAS di ibu pejabat polis Papar pada hari Rabu.

 

Sumber: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top