Pamer Aksi ‘Stunt’: Tiga, Termasuk Dua Remaja Ditahan

aksi-stunt.jpg

Tiga termasuk dua remaja ditahan kerana melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Penampang.

Kongsi Bersama

PENAMPANG : Dua remaja antara tiga individu yang ditahan selepas dikesan melakukan aksi ‘lagak ngeri’ ketika menunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Kota Kinabalu-Papar, di sini, hari ini.

Dalam operasi yang berakhir pada 3 pagi itu, semua individu berusia 15 hingga 26 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua suspek dikesan melakukan aksi berbahaya ketika rondaan dilakukan di sekitar pusat beli-belah di Putatan sebelum diekori.

“Ketika intipan dilakukan, ketiga-tiga suspek sedang leka berlumba sesama sendiri dengan melakukan tunggangan secara ‘zig zag’ motosikal di sekitar Putatan.

“Semua suspek yang tidak menyedari kehadiran polis berjaya ditahan di lampu isyarat berdekatan sebuah stesen minyak di lokasi terbabit,” katanya.

Menurutnya, polis mengeluarkan lima notis saman terhadap mereka dan menyita ketiga-tiga motosikal berkenaan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Mohd Haris berkata, dalam operasi sama, pihaknya memeriksa 30 kenderaan dan mengeluarkan 21 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top