Pakatan Harapan Sukar Lakukan Perubahan Ketika Mentadbir Kerana Tun M Tidak Komited – Anwar

anwar-mahathir.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika 22 bulan pentadbiran kerana diketuai oleh seorang yang tidak berminat melakukan perubahan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, situasi itu dapat dilihat selepas beberapa bulan gabungan itu mentadbir, politik Malaysia kembali kepada isu perkauman.

Beliau menjelaskan, terdapat siri pertemuan tertutup dengan beberapa menteri dan pemimpin Melayu dilakukan membuktikan perkara yang sama.

“Benar kerajaan Pakatan Harapan dalam masa 22 bulan tidak benar-benar bersedia tetapi masalah utama kerana diketuai oleh seorang yang bukan reformis.

“Dan selepas beberapa bulan ia terbukti, dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebahagian daripada konspirasi mengembalikan isu perkauman termasuk Kongres Kebangkitan Melayu.

“Kita cuba untuk melakukan reform tetapi sukar kerana yang mengetuai kerajaan ketika itu tidak komited,” dakwa Anwar.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangkok sempena lawatan kerjanya sebagai Ketua Pembangkang ke Thailand.

Anwar menegaskan, biarpun beliau tidak melupakan kepentingan hak orang Melayu itu tidak bermakna hak kaum lain di Malaysia perlu diabaikan.

Jelas Anwar, prinsipnya tetap sama iaitu ketika kepentingan orang Melayu perlu dijaga dan dipertahankan, kaum lain tidak boleh disisihkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top