Pakar Sudah Bagi Amaran Banjir Besar, Hanya Dibalas ‘I Take Note’

pakar-banjir.jpg
Kongsi Bersama

Seperti ramai sedia maklum, rata-rata penduduk Lembah Klang dan Kuala Lumpur kurang bersedia untuk berhadapan dugaan banjir terburuk ini memandangkan ia jarang sekali berlaku.

Selain itu, laporan mengenai ramalan kaji cuaca kurang mendapat perhatian berbanding selepas berlakunya kejadian bencana tersebut.

Menurut pakar meteorologi Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, peristiwa banjir di Lembah Klang bukan setakat faktor taburan hujan 4 kali ganda akibat tempias ‘Taufan Rai’ saja.

Sebaliknya, limpahan air hujan mendadak dari tanah tinggi Banjaran Titiwangsa turut memasuki sungai-sungai utama di Selangor sekali gus melebihi paras berisiko.

Lebih buruk, kebetulan berlakunya air pasan besar yang menyebabkan air dari darat gagal mengalid keluar ke laut.

Ketika diundang ke program ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mendedahkan sebenarnya banjir besar inii sudah dijangka oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 17 Disember lalu.

Malah pada tarikh tersebut, beliau sendiri ada menulis satu amaran kepada rakyat Malaysia agar lakukan persediaan bagi menghadapai fenomena tersebut.

Bagaimanapun perkara itu tidak diendahkan, sebaliknya cuma dibalas, “Thank You Prof, I take note.”

Selain negeri Selangor, Felo penyelidik Kanan Institut Sains Bumi dan Smudra Universiti Malaya ini jelaskan bahawa fenomena hujan lebat sejak jumaat lalu turut menyebabkan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan terkini Perak.

 

Sumber: Gemilang Daily

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top