KOTA KINABALU: Bekas timbalan menteri kesihatan dan seorang penganalisis dasar kesihatan berkata, keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak sesuai dengan perintah sekatan pergerakan (PKP) yang dikenakan akan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Sabah memaklumkan ia akan mengekalkan SOP bagi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan sebelum ini walaupun negeri itu kini dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula Khamis hingga 17 Mei.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan akan mengekalkan garis panduan PKPP bagi memastikan pemulihan ekonomi tidak terjejas.
Bekas menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, walaupun matlamat itu boleh diterima, namun kerajaan tidak boleh mengubah peraturan sesuka hati.
Beliau mempersoal keperluan mengubah status perintah sekatan yang dikenakan sedangkan SOPnya tidak dilaksanakan.
“Jadi mana satu? PKPP atau PKPB? Ia tidak masuk akal. SOP mesti jelas dan telus serta konsisten. Anda tidak boleh mengubahnya hari ini atau esok,” katanya kepada FMT.
Baca seterusnya di: FMT