Pak Wan Ketawakan Laporan PM Bakal Gugurkan Menteri-Menteri UMNO

pakwan.jpg
Kongsi Bersama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof tertawa apabila dimaklumkan tentang satu laporan mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menggugurkan semua pemimpin Umno dalam Jemaah Menteri.

FMT melaporkan laporan oleh laman blog berita itu menyusuli pengesahan Umno mengutus surat kepada PPBM memaklumkan tiada kerjasama pada pilihan raya umum akan datang, dan kebersamaan dalam kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

“Tak tahu pula saya (tentang pengguguran itu),” kata Redzuan yang juga popular dengan gelaran ‘Pak Wan’ kepada FMT.

“Tak mungkin kecuali mahu tumbangkan kerajaan,” tambahnya sambil ketawa. Redzuan juga ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM.

Laman blog itu, memetik sumber, mendakwa MPT PPBM dijangka akan membuat keputusan meminta Muhyiddin menggugurkan semua menteri Umno serta-merta, sebagai tindak balas terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Ia seterusnya mendakwa kedudukan Muhyiddin tidak akan terjejas kerana kedudukan perdana menteri dalam kerajaan darurat adalah “atas keputusan mutlak” Yang di-Pertuan Agong.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top