Pairin Calon Yang Tepat Untuk Jawatan TYT – DAP Sabah

pairin.jpg

Tan Sri Pairin (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Cadangan untuk mencalonkan Huguan Siou masyarakat Kadazandusun Murut Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) harus disokong, kata DAP Sabah.

Ketuanya Datuk Frankie Poon berkata beliau secara peribadi tidak melihat apa-apa yang salah dalam cadangan untuk mencalonkan Pairin sebagai TYT Sabah seterusnya, kerana beliau adalah tokoh terkenal dalam politik.

“Malah, apabila saya bercakap dengan ahli DAP Sabah, tiada siapa menyatakan bantahan terhadap cadangan ini,” katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Beliau berkata Pairin merupakan seorang pemimpin tersohor yang banyak berjasa kepada negeri ini ketika masih aktif dalam politik, bekas ketua menteri yang memegang pelbagai jawatan menteri lain dan lebih daripada berkemampuan untuk menjawat jawatan TYT.

Poon berkata cadangan itu perlu disokong oleh rakyat dan kerajaan negeri.

Tambah beliau, Pairin boleh menjadi representasi yang tepat tentang apa sebenarnya Sabah dan menggambarkan kumpulan etnik yang kaya dan pelbagai di negeri ini.

Katanya, tidak disebut dalam perlembagaan negeri tentang kaum dan agama seseorang yang akan dipertimbangkan untuk jawatan TYT.

“Kami berharap kerajaan negeri menerima cadangan itu dan membawa pencalonan itu untuk pertimbangan,” katanya.

Minggu lalu, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) membuat cadangan itu, memandangkan penggal TYT sekarang Tun Juhar Mahiruddin sebagai ketua negari akan tamat tidak lama lagi.

Beberapa pemimpin parti politik di Sabah, termasuk Upko telah menyuarakan sokongan mereka terhadap cadangan tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top