Paip Lama Faktor Utama Di sebalik Masalah Air Di Sabah, Kata MP Sandakan

vivian.jpg

Vivian (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah perlu segera menggantikan paip air lama di seluruh negeri selaras dengan pelan pembaharuan bekalan airnya, kata Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong.

Beliau berkata adalah perlu untuk mempercepatkan penggantian bagi mengurangkan masalah kekurangan bekalan air yang serius di banyak bahagian di Sabah, termasuk daerah pantai timur Sandakan.

Beliau berkata gangguan-gangguan itu, daripada paip kering hingga tekanan air rendah, memberi kesan teruk kepada isi rumah serta perniagaan.

Di Sandakan pada Rabu (12 Julai), beliau berkata Rumah Orang Tua Sri Harapan tiba-tiba mengalami masalah ketiadaan bekalan air.

Pejabatnya membantu dengan meminta lori tangki untuk menghantar air.

“Gangguan bekalan air terlalu kerap berlaku di Sandakan.

“Kebanyakan berpunca daripada paip lama pecah, mengakibatkan tekanan rendah atau gangguan secara tiba-tiba.

“Ini telah menjejaskan kehidupan penduduk Sandakan.” katanya, sambil menambah bahawa insiden terbaharu melibatkan paip pecah di Batu 19 pada Sabtu lepas.

Keadaan itu ditambah lagi dengan penyelenggaraan berjadual di Loji Rawatan Air Segaliud pada hari Rabu (semalam(, katanya.

Beliau menggesa Jabatan Air negeri supaya melaksanakan prosedur operasi standard bagi memastikan bekalan air mencukupi kepada semua pengguna kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai tangki simpanan dan terpaksa bergantung kepada air botol untuk memasak dan minum.

“Jabatan mesti mengutamakan bekalan ke Hospital Duchess of Kent dan rumah untuk warga emas bagi memastikan operasi harian mereka tidak terjejas,” tambahnya.

Sumber: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top