PADU: Fikirkan nasib penduduk pedalaman Sabah, sukar mendaftar – Penganalisis

Nordin-A-Thani.jpg

Nordin Thani

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memudah cara penduduk di pedalaman Sabah untuk mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Presiden Barisan Pengguna Sabah, Nordin Thani berkata, ini memandangkan ramai dalam kalangan rakyat Sabah yang tidak ada akses internet dan kos pengangkutan ke bandar mencecah ratusan ringgit.

“Saya alu-alukan inisiatif pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU), tetapi kalau boleh lanjutkan lagi pendaftarannya dari tiga bulan tambahan. Biarpun Menteri (Rafizi Ramli) maklumkan mana-mana kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses internet untuk mendaftar boleh pergi ke Pejabat Daerah berdekatan. Tetapi masalahnya, penduduk luar bandar, kalau hendak ke pekan, kosnya sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Nordin menceritakan antara realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di Sabah yang terpaksa menanggung kos perjalanan sehala sehingga RM150 hanya untuk keluar daripada kawasan pedalaman menuju ke pekan.

“Contohnya, penduduk luar bandar yang berada 40 kilometer dari Kota Marudu. Jika mereka hendak ke bandar, untuk mendaftar PADU, mereka perlu bayar RM150 tambang sehala. Jadi, dua hala sudah RM300. Satu kenderaan boleh memuatkan 10 orang.

“Kalau tiga orang sahaja yang hendak ke pekan, maka mereka perlu tampung kos tambahan tujuh lagi kekosongan. Berbaloikah masyarakat luar bandar untuk ke pekan untuk daftar PADU, dengan membayar kos RM300?

“Kerajaan perlu fikirkan. Data daripada masyarakat luar bandar ini penting juga,” tambahnya.- AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top