Padang Pekan Tamparuli Bakal Dilengkapi Lampu Limpah

jahid.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Padang Pekan Tamparuli bakal dilengkapi dengan lampu limpah yang akan memberi keselesaan bersukan pada waktu malam kepada penduduk sekitar sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata pembinaan lampu tersebut dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Padang tersebut bakal dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah (flood light) terkini dan sangat sesuai untuk permainan pada sebelah malam.

“Ini adalah rancangan percubaan pertama  untuk padang di kawasan Tamparuli sebelum melaksanakan rancangan sama di kawasan lain,” katanya.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli berkata fasiliti ini diharap dapat membantu merancakkan lagi aktiviti di pekan tersebut pada waktu malam terutamanya kawasan berhampiran padang.

“Saya juga harapkan agar padang berkenaan dapat diselenggara secara berjadual dan berterusan bagi memastikan keselesaan kepada pengguna.

“Kita memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak kelab RRB yang kini mempunyai ratusan ahli untuk menjaga padang tersebut dengan harapan bahawa keceriaan dan kebersihan padang sentiasa terjaga.

“Semua pihak termasuk Majlis Daerah sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, dan  tidak dinafikan bahawa Kelab RRB adalah kelab yang begitu aktif menggunakan dan menjaga keadaan padang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat  padang pekan Tamparuli seterusnya bertemu dengan Kelab Bola Sepak RRB.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli Madin Anak dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar.

Terdahulu, Jahid turut meninjau perjalanan agihan bantuan bakul makanan ke kawasan kampung yang diselanggarakan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli bersama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top