Padah memandu secara berbahaya, pemandu lori dipenjara 7 tahun dan didenda RM30,000

tukul-mahkamah.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM30,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini semalam kerana memandu secara berbahaya, yang menyebabkan kematian seorang penghantar makanan di Penampang, tiga tahun lalu.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu terhadap Azlan Mohd Salem.

Menurut laporan, pemandu tersebut didapati bersalah memandu lori dengan cara berbahaya dan menyebabkan kematian penunggang motosikal Jimmy Masadim, 33, pada 1.35 tengah hari, pada 1 Julai 2021 di jalan lama Papar, berhampiran kilang Quality Broadway Sdn Bhd.

Pada 14 Mac 2022, Azlan telah meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika disabitkan.

Mahkamah memerintahkan Azlan menjalani hukuman penjara mulai tarikh sabitan. Bagaimanapun, Azlan, yang diwakili peguam Mohamad Amirul Amin, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan mahkamah.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak.

 

Sumber: Daily Express

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top