Padah bawa penumpang melebihi had, abai aspek keselamatan

bot-bawa-lebih-penumpang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan dua bot pelancong membawa lebih penumpang dan mengabaikan aspek keselamatan menerima padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.

Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, kedua-dua bot ditahan di kedudukan 0.18 batu nautika Barat Jeti Jesselton, di sini, jam 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama, mendapati bot yang dikendalikan oleh lelaki tempatan membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.

“Pemeriksaan ke atas bot kedua mendapati bot terbabit tidak membawa peralatan keselamatan seperti dinyatakan dalam butiran keperluan keselamatan oleh pihak Jabatan Pelabuhan dan Dermaga selain beroperasi tanpa kru,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, kedua-dua bot dan juragan diiringi masuk ke jeti Maritim Sepanggar untuk tindakan selanjutnya.

“APMM menyeru kepada semua pengusaha bot penumpang supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika membawa penumpang ke pulau sekitar perairan negeri bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“APMM akan terus melaksanakan operasi ini supaya tahap kesedaran mengenai aspek keselamatan di laut dalam kalangan pengusaha bot penumpang dan komuniti maritim menjadi keutamaan dan dipandang serius,” katanya. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top