Otai Masih Berbisa

misbun.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal Datuk Misbun Sidek yang masih dikenang sebagai legenda badminton negara.

Pada usia 61 tahun, bekas jurulatih jaguh perseorangan negara itu dilihat masih hebat di gelanggang dengan gerakan serta pukulan ‘smash’ yang masih berbisa.

Aksi itu dimuat naik Misbun di laman Twitternya pada Ahad.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter melahirkan rasa kagum dengan Misbun yang masih lincah beraksi di gelanggang.

Malah, ada juga yang memberi usikan dengan mengatakan bagaimana Misbun mendapat tenaga sedemikian pada usianya sedangkan mereka yang masih muda tidak seaktif itu.

Misbun kini merupakan Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilantik memegang jawatan itu pada Februari 2020.

Untuk rekod, Misbun pernah memenangi kejuaraan antarabangsa pertama ketika kejohanan Terbuka Jerman pada 1981.

Pada ketika itu juga, beliau adalah antara pemain perseorangan utama negara sehinggalah menggantung raket pada 1989.

Misbun merupakan jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan sejak 2003 hingga 2010.

Beliau kemudian kembali memegang jawatan itu pada 2017. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top