Orang Ramai Sambut Baik Pelaksanaan PKP

PKP-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri termasuk Sabah adalah tepat.

Kerajaan juga melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri sementara dua negeri  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jessica Joe Janim, 36, berkata, PKP kali kedua ini sangat wajar dan sepatutnya dilakukan awal lagi bagi membendung penularan COVID-19.

“Ekonomi memang terjejas daripada PKP, tetapi nyawa lebih penting dan tidak boleh dibeli menggunakan wang ringgit.

“COVID-19 jika tidak dibendung awal, ekonomi pasti boleh menjadi lebih parah berikutan rantaian jangkitan yang tidak ada pengakhiran,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, lebih  lama COVID-19 berada dalam masyarakat, ia bukan sahaja menjejaskan sektor ekonomi tetapi sektor pendidikan serta pembangunan turut terbantut.

Katanya, pengumuman darurat politik juga tepat pada masanya dan ia merupakan keputusan bijak.

“Politik tidak dapat bantu mengurangkan jangkitan COVID-19, tetapi berisiko untuk meningkatkan lagi penularan wabak berkenaan.

“Jika tidak wujud pilihan raya, sekurang-kurangnya kerajaan yang sedia ada masih boleh mentadbir. Dahulukan keselamatan rakyat berbanding kuasa,” katanya.

Katanya, setiap parti di negara ini tanpa melihat kepada perbezaan harus bekerjasama membantu para pasukan petugas hadapan untuk mengekang COVID-19.

Sementara itu, Joey Axel Julius, 20, berpendapat PKP kali kedua ini diharapkan mampu mengurangkan penularan COVID-19 di negeri ini yang dilihat tidak dapat dikawal.

“Kes positif negeri ini semakin meningkat dan keutamaan perlu diberikan untuk membendung ancaman ini.

“Politik boleh diketepikan sementara ini kerana pilihan raya hanya boleh meningkatkan kes positif COVID-19,” katanya.

Beliau berharap PKP ini juga mampu mengurangkan kes jangkitan sekaligus mengurangkan kes kematian akibat COVID-19.

Katanya, rakyat pula harus bersikap tanggungjawab dan lebih berdisiplin ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Javier John, 17, turut berpendapat bahawa PKP adalah penting untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Selain itu katanya, ia juga untuk mencegah daripada orang ramai untuk berjalan-jalan yang tidak memikirkan bahayanya wabak berkenaan.

“Saya juga berfikir program-program yang membolehkan orang berkumpul beramai-ramai harus dihentikan, seperti perjumpaan politik dan sebagainya.

“Ramai dalam kalangan mereka yang berkumpul ini sering tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top