Orang Ramai Dirayu Bantu Mangsa Ribut Sandakan

IMG-20220301-WA0005.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: PAS Sandakan merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai bagi membiayai kos baik pulih bumbung rumah yang rosak akibat angin ribut.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid ketika melawat rumah-rumah yang terjejas akibat bencana tersebut di Kampung Mangkalinau, dekat sini semalam.

“Sumbangan itu bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Sandakan, 10043010003627 bagi mengumpul dana untuk baik pulih rumah tersebut,” jelas Sahar

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah berkata, hampir 10 buah rumah terjejas akibat bencana yang berlaku pada Ahad lalu, di mana ada antaranya mengalami kerosakan bumbung yang agak teruk.

“Banyak yang perlu dibaiki termasuklah menggantikan kayu yang buruk, atap yang hilang dan rosak,” tambahnya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Mustaman Mustain, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Sandakan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top