Orang Ramai Digesa Manfaatkan Perkhidmatan Percuma Di PMC-19

Roger-Chin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) menggesa rakyat di negeri ini agar memanfaatkan Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) yang menyediakan perkhidmatan percuma.

Presiden SLS Roger Chin berjkata kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan perkhidmatan tersebut, namun masih ramai yang tidak menggunakannya.

“Pada dasarnya, kerajaan telah memperuntukkan dana yang cukup besar kepada SLS untuk perkhidmatan di Pusat Mediasi ini, tetapi kami mendapati orang ramai masih tidak tahu tentang pusat ini.

“Oleh itu, kami berusaha mempermudahkan segala istilah sebaik mungkin untuk memberitahu orang ramai mengenai perkhidmatan percuma ini yang disediakan kerajaan dan usaha yang dilakukan SLS di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Chin, SLS telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan pengantaraan segera kepada rakyat melalui pegawai terlatihnya.

Katanya, perkhidmatan itu selari dengan Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang berkuat kuasa pada 23 Okt lepas bertujuan membantu individu dan syarikat yang terkesan secara ekonomi oleh wabak tersebut.

“Perantara melalui PMC-19 ini menyediakan menyelesaikan pertikaian membabitkan nilai tidak melebihi RM300,000 antara dua pihak yang bersengketa,  ekoran tidak dapat memenuhi kewajipan kontrak tertentu akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan akan menanggung kos perkhidmatan perantara untuk individu di bawah kategori B40 dan M40 serta untuk perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kecil (PKS),” katanya.

Chin juga berkata bahawa pihak yang tidak layak menerima subsidi, masih boleh melalui proses pengantaraan di bawah PMC-19 dengan kadar pembayaran yang ditetapkan sebanyak RM1,000 setiap pihak, sementara bagi yang muflis atau syarikat yang telah gulung tikar mungkin akan diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Jabatan Insolvensi untuk perkhidmatan pengantaraan ini.

Katanya, orang ramai digalakkan untuk melayari laman web rasmi di www.pmc19.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan, cara mendapatkan perkhidmatan tersebut dan mengetahui sama ada mereka layak atau tidak untuk menerima subsidi perkhidmatan pengantaraan itu. – Bernama


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top