Orang ramai dialu-alukan hadir meriahkan Pesta Ang Pau Penampang, 16 Feb ini

ewon-4.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Masyarakat Penampang dan sekitarnya dijemput menghadiri Pesta Ang Pau Penampang 2024, pada 16 Februari ini, di Buhavan Square, Donggongon, Penampang.

Ahli Parlimen Penampang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, acara tahunan itu diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Pejabat Parlimen Penampang dan Pejabat Adun Kapayan akan mengadakan Pesta Ang Pau di Buhavan Square Donggongon Penampang dan kami menjemput semua lapisan masyarakat untuk hadir sama memeriahkan sambutan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas upacara pembukaan mata singa, di Tapikong Fook Tet Kung Dongongon, semalam.

“Ini adalah antara keunikan budaya di negara ini, khususnya di Penampang yang kita perlu pertahankan apa yang telah dimulakan dan telah dibudayakan oleh masyarakat Cina selama ini,” katanya.

Lima persatuan dan kelab masyarakat Cina di Penampang menerima sumbangan kepala singa daripada Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kapayan, untuk digunakan pada sambutan tahun baharu Cina yang tidak lama lagi akan menjelang tiba. – Nabalu News

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top