Orang Berbudi Kita Berbahasa: PBS Lumadan Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Penampang

PBS-Lumadan-bantu-mangsa-banjir-penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Lumadan telah tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sini.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Lumadan yang juga Naib Presiden parti itu, Haji Ruslan Muharam berkata, beliau terpanggil untuk menghulurkan bantuan dan ia sebagai tanda terima kasih penduduk Lumadan kepada PBS Moyog di atas bantuan yang telah diberikan kepada mereka semasa dilanda banjir sehingga terputus bekalan makanan ditambah lagi dengan masalah air yang menimpa, pada Mei lalu.

“Kita di sini untuk membalas budi,” kata Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Pada Khamis lalu, Ruslan telah melawat Kampung Kaidupan yang telah dilanda banjir sehingga menyebabkan 10 ketua isi rumah (KIR) kehilangan rumah akibat dihanyutkan air bah.

Beliau yang diiringi ketua Bahagian PBS Moyog John Chryson Masabal, memantau dan melawat KIR berkenaan.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty Sdn. Bhd. telah menyumbangkan bantuan berbentuk kewangan bagi membeli dapur gas memasak, tilam serta keperluan makanan harian mereka.

‘Diharap bantuan ini akan meringankan beban KIR terbabit dan mereka terus tabah menghadapi dugaan ini,” kata beliau.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top