Operasi Semua Premis Makanan Di Sabah Diseragamkan Hingga 10 Malam

restotan-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memutuskan waktu operasi semua premis makanan di Sabah diseragamkan bermula 6 pagi hingga 10 malam, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, keseragaman itu bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap semua restoran, kedai dan gerai makan.

Sebelum ini, hanya restoran, termasuk yang terletak di dalam hotel, dibenarkan beroperasi hingga 10 malam, manakala kedai dan gerai makan sehingga 9 malam.

“Lain-lain perniagaan, kedai dobi, kedai gunting rambut dan salun, perkhidmatan spa, refleksologi dan pusat cuci kenderaan dibenarkan hingga 9 malam seperti diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, Masidi berkata, 184 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Sabah pada Isnin, dengan Tawau merekodkan jumlah tertinggi, iaitu 37 kes, diikuti Kalabakan (35), Kota Kinabalu (25) dan Papar (23).

Daerah lain yang mencatat kes baharu termasuk Lahad Datu (16), Kunak (11), Penampang (11), Putatan (7), Sandakan (4), Semporna (4), Kuala Penyu (4), Tenom (4), Tuaran (2) dan Beaufort (1).

Menurutnya sebanyak 13 daerah tidak mencatatkan sebarang kes , iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Kinabatangan, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Sipitang, Nabawan, Keningau dan Tambunan.

“Daripada 184 kes positif Covid-19, sebanyak 68 kes atau 37% dikesan melalui saringan kontak rapat, 23 kes (12.5%) saringan bergejala, 70 kes (38%) daripada kluster baharu dan sedia ada, serta 23 kes (12.5%) daripada lain-lain kategori,” katanya.

Beliau juga berkata, dua kluster baharu dikesan di Sabah hari ini, iaitu Taman Deluxe dan Kampung Padawan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top