Operasi PPU Ranau jimat RM36 juta duit kerajaan

DSP-Madius.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Pengoperasian Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Lingkudau di daerah ini bermula semalam, bakal menjimatkan RM36 juta wang kerajaan setahun.

Angka itu adalah kos pembelian diesel janakuasa lama yang digunakan sejak 1974.

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, berkata kemudahan baharu bernilai RM30 juta yang lebih canggih itu banyak menjimatkan kos.

“Pengoperasian PPU baharu itu menamatkan khidmat 21 janakuasa diesel yang digunakan membekal tenaga elektrik untuk Ranau sejak 1974.

“PPU baharu Ranau disambung pada sistem grid melalui Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Belud ke PPU Lingkudau, Ranau,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Majlis pengoperasian PPU Ranau dilakukan Menteri Kewangan Dua Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

PPU baharu itu berkuasa 33/11 kilowatt Lingkudau, Ranau ke PMU Kota Belud.

Bagaimanapun, janakuasa akan digunakan jika berlaku kerosakan dari PPU baharu berkenaan.

Madius berkata, sebelum ini sebanyak 21 janakuasa berkapasiti 500 kilowatt setiap satu digunakan untuk membekal tenaga elektrik di Ranau beroperasi 24 jam sehari.

“Dengan penamatan khidmat 21 janakuasa itu, berakhirlah pencemaran bunyi dan asap di kawasan terbabit yang kini menjadi sunyi sepi, diganti bunyi siulan burung,” katanya. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top