Operasi Bersepadu Di Semporna, 102 Ditahan

OB-Esscom.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lebih seratus orang ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen manakala sejumlah saman dikeluarkan bagi kesalahan-kesalahan lain semasa satu Operasi Bersepadu (OB) di daerah Semporna baru-baru ini.

Operasi pada 20 hingga 26 Feb lepas yang diketuai pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang disertai pegawai dari unit penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri, pihak berkuasa tempatan dan Sabah Electricity Sdn Bhd, dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membendung jenayah.

Komander Esscom Deputi Komisioner Datuk Hamzah Ahmad berkata hasil operasi itu seramai 102 individu ditahan bagi tujuan dokumentasi manakala seramai 14 warga Filipina berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun ditangkap atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966.

Sebanyak 11 lokasi di daerah ini termasuk Pulau Bum Bum dan pondohon di Gugusan Pulau Bodgaya dan Bohey Dulang telah diperiksa melibatkan pemeriksaan sebanyak 440 buah rumah dan premis niaga oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Daerah Semporna, Majlis Daerah Semporna (MDS) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Hamzah berkata selain tangkapan itu, pihak berkuasa merampas sejumlah 110kg kabel elektrik yang digunakan untuk penyambungan haram elektrik, mengeluarkan tiga notis kompaun berkaitan dengan keselamatan pengendalian makanan di bawah Akta Makanan 1983 , dan dua notis kompaun di bawah Market Law Act 1972 atas sebab telah tamat tempoh lesen perniagaan.

JTK juga turut mengeluarkan dua keping notis pematuhan di bawah Ordinan Buruh (Sabah Cap.67) kerana kegagalan majikan menunjukkan salinan penyata gaji kepada pekerja.

Selain itu, sebanyak 316 buah kenderaan telah diperiksa dan 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,” katanya.

Hamzah turut merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi terlibat khususnya para pegawai dan anggota yang menjayakan operasi dengan kekuatan purata seramai 81 anggota.

Pihaknya juga berharap agar operasi seumpama itu akan terus dapat dilaksanakan bagi mengekang anasir tidak sihat dan elemen jenayah rentas sempadan yang berpotensi dibawa masuk oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

ESSCOM juga akan terus mempergiat operasi seumpama ini bagi mengekang mana-mana elemen yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam akibat kebanjiran PATI khususnya di pantai Timur Sabah.

Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top